fb fb fb fb fb

T20 digalak guna tenaga solar

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 19 Mei- Kerajaan akan mengumumkan langkah mempermudah dan menyerbar luas penggunaan solar di kediaman domestik, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Ini bagi menggalakkan lebih banyak isi rumah menggunakan sumber alternatif itu seiring keputusan kerajaan menyasarkan subsidi elektrik dikekalkan hanya buat kumpulan B40 dan M40.

"Untuk menyasarkan subsidi elektrik agar subsidi elektrik dikekalkan kepada B40 dan M40.

"Sementara kumpulan pengguna kediaman daripada kumpulan T20 yang menggunakan elektrik pada kadar tinggi, akan mula membayar pada tarif yang lebih hampir dengan harga pasaran," kata Rafizi kepada media di sini.

Tambah beliau, dasar susulan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ia dijangka membantu mengimbangi kesan kenaikan tarif isi rumah berpendapatan tinggi yang dianggarkan sekitar 10% berbanding majoriti isi rumah di Malaysia.

(T20 digalak guna tenaga solar)

Media Baharu