fb fb fb fb fb

Malaysia-Rusia wujud perjanjian usahasama pendidikan tinggi

KAZAN, 19 Mei- Malaysia dan Rusia sepakat mewujudkan perjanjian usahasama dalam sektor pengajian tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bagi memudahkan usaha akreditasi program-program yang ditawarkan universiti kedua-dua negara.

Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat dua hala bersama Timbalan Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia, Ayrat Gatiyatov bersempena Forum Kazan 2023.

"Dengan demikian jika kita dapat jayakan itu melalui MQA dan agensi kelayakan mereka ia akan memudahkan proses untuk mereka menghantar lebih ramai pelajar belajar di Malaysia.

"Memang ini sesuatu yang kita tekankan kepada Rusia kita memang lama telah hantar ramai pelajar di Rusia. Kita harap Rusia juga melihat kepada Malaysia untuk dihantar pelajar-pelajar mereka, penyelidikan mereka," kata Mohamed Khaled kepada media di sini.

Beliau menyaksikan majlis menandatangan MoU antara Universiti Teknologi Malaysia dengan Institute of Biomedical Chemistry (IBMC) Rusia, St. Petersburg Electrotechnical University dan St. Petersburg HSE University.

Ketika berucap Mohamed Khaled menegaskan, OIC perlu mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama saintifik dan membina kemudahan untuk menggalakkan inovasi serta meningkatkan dana dalam penyelidikan dan pembangunan.

(Datuk Seri Mohamed Khaled berkata Malaysia-Rusia wujud perjanjian usahasama pendidikan
tinggi)

Media Baharu