fb fb fb fb fb

Sweden akan sertai NATO

OSLO, 2 Jun - Sweden akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam masa terdekat, menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Beberapa hari lalu, beliau turut memberi bayangan berhubung kemungkinan Turkiye akan membenarkan Sweden menyertai pakatan ketenteraan itu.

Tindakan itu dijangka direalisasikan, sekiranya Ankara memeterai perjanjian pembelian jet pejuang F-16 dengan Washington.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini telah beberapa kali menyatakan hasrat untuk membeli pesawat tempur itu.

Penjualan jet pejuang tersebut dilihat sebagai usaha memujuk Ankara menarik bantahan terhadap penyertaan Sweden dalam NATO.

(FOTO AFP)

Menteri Luar Sweden pada Khamis berkata, Stockholm telah memenuhi semua syarat untuk menyertai NATO dan menggesa Turkiye dan Hungary membenarkan negaranya menyertai pakatan itu.

"Ini bukan pecut, ia adalah maraton, dan kita kini melihat penghujungnya," kata Tobias Billstrom pada mesyuarat menteri luar NATO di Oslo. - AFP

Media Baharu