fb fb fb fb fb

Inflasi Pakistan meningkat kepada 37.97%

ISLAMABAD, 1 Jun- Inflasi Pakistan mencecah rekod 37.97% pada Mei menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurut data Biro Perangkaan Pakistan, makanan tidak mudah rosak dan kos pengangkutan meningkat lebih 50% berbanding Mei 2022, manakala purata inflasi bagi 12 bulan lalu ialah 29.16%.

"Tahap inflasi ini memberi kesan buruk kepada keluarga miskin dan kelas pertengahan di negara ini. Pendapatan mereka terganggu dengan setiap mata peratusan," kata Mohammad Sohail, seorang pegawai bank di Karachi.

Salah urus kewangan selama bertahun-tahun telah mendorong ekonomi Pakistan merudum dan diburukkan lagi oleh krisis tenaga global serta banjir yang menenggelamkan satu pertiga daripada negara itu pada 2022.

Krisis politik telah menambahkan satu lagi ketidaktentuan negara itu.

Penahanan pemimpin pembangkang Imran Khan bulan turut mencetuskan keganasan jalanan yang membawa kepada kematian dan pemadaman internet selama beberapa hari oleh kerajaan.

Bagaimanapun rundingan penting perjanjian pinjaman sebanyak $6.5 bilion dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menemui jalan buntu.

Pakistan memerlukan pembiayaan berbilion dolar untuk membayar hutang luar negeri dan rizab pertukaran asing telah berkurangan kepada $4.2 bilion.

Jumlah tersebut tidak cukup untuk sebulan import.

Pilihan raya akan dilakukan selewat-lewatnya Oktober, dan kerajaan akur kepada tuntutan IMF untuk menamatkan subsidi bagi gas dan elektrik bagi mengurangkan krisis kos sara hidup.

"Semua orang bimbang," kata Muhammad Safeer yang ditemui di bazar Islamabad. "Dari mana kita akan dapatkan wang? Hutang peribadi hanya boleh naik."

Kerajaan Perdana Menteri Shehbaz Sharif dijangka membentangkan belanjawan tahunannya minggu depan, dan negara itu telah menurunkan unjuran pertumbuhannya untuk tahun berakhir 30 Jun daripada lima peratus kepada 0.3 peratus.- AFP

(Seorang penjual kerepek di sebuah pasar di Rawalpindi/AFP)

Media Baharu