fb fb fb fb fb

18 maut dalam bedilan di Khartoum

(FOTO REUTERS)

KHARTOUM, 1 Jun- Serangan dan pengeboman udara hari ini membunuh 18 orang awam di sebuah pasar di ibu negara Sudan, sekali gus menunjukkan ketegangan tidak akan mereda, selepas tentera meninggalkan rundingan gencatan senjata.

Selama lebih enam minggu, Khartoum dan bahagian lain di negara itu dicengkam peperangan berdarah di antara tentera dan Rapid Support Forces (RSF).

Semalam, tentera bertindak meletupkan pangkalan RSF di Khartoum, selepas menarik diri menyertai rundingan yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Tindakan menarik diri itu selepas mendakwa pesaingannya melanggar gencata senjata yang bertujuan membenarkan penghantaran bantuan.

"Seramai 18 orang awam terbunuh dan 106 cedera kerana tembakan artileri tentera serta pengeboman udara pada Rabu, di sebuah pasar di selatan Khartoum," kata Jawatankuasa Peguam Hak Asasi Manusia.


(Orang ramai berjalan melepasi bangunan pusat perubatan yang penuh dengan lubang peluru di Souk Sitta di selatan Khartoum/ AFP)

Jumlah kematian itu disahkan kumpulan kejiranan yang menguruskan bantuan sambil menyifatkan keadaan ketika itu ibarat malapetaka.

Selain itu, mereka turut merayu bantuan daripada doktor dan untuk menderma darah.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) hari ini berkata, wujud pelanggaran serius gencatan senjata oleh kedua-dua pihak.

AS menegaskan pihaknya bersedia menjadi pengantara di antara pihak bertelagah, sekiranya mereka benar-benar serius. - AFP

Media Baharu