fb fb fb fb fb

Menteri India tuntut senjata yang dirampas dalam pertempuran

NEW DELHI, 1 Jun- Menteri dalam negeri India pada Khamis menuntut orang ramai di negeri timur laut untuk menyerahkan senjata api berikutan pertempuran antara etnik yang menyerbu balai polis dan merampas senjata untuk berperang.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah, bercakap kepada pemberita dalam lawatan ke ibu negeri Manipur, memberi amaran tentang "tindakan tegas" bagi mereka yang gagal menyerahkan senjata mereka sebelum Jumaat.

Shah, pembantu utama Perdana Menteri Narendra Modi, tiba di Manipur awal minggu ini untuk menangani pergolakan dan juga mengumumkan siasatan mengenai punca keganasan yang berlaku.

Pertempuran terjadi pada Mei antara Meitei, yang kebanyakannya beragama Hindu dan Kuki yang kebanyakannya Kristian.

Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan puluhan ribu telah melarikan diri dalam pertempuran itu.

Beribu-ribu tentera telah dikerahkan untuk memulihkan keadaan.

Ketua menteri negeri N. Biren Singh pada Khamis menggesa orang ramai "menyerahkan senjata dan peluru" yang mereka "rampas daripada polis." Sumber keselamatan juga mengesahkan kepada AFP bahawa senjata api telah dirampas.

Bulan lalu, media tempatan memetik kenyataan Singh, "pertempuran melibatkan kumpulan saingan menggunakan senapang serangan M16 dan AK-47."

Negeri-negeri terpencil di timur laut India berada di antara Bangladesh, China dan Myanmar telah lama menjadi pusat ketegangan antara kumpulan etnik yang berbeza.

Percikan awal ialah kemarahan Kuki terhadap Meitei kerana kerajaan telah memeberi kuota pekerjaan terhadapnya selain faedah lain dalam bentuk tindakan afirmatif.

Ini juga mencetuskan kebimbangan lama antara Kuki dan Meitei.- AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu