fb fb fb fb fb

Rahul Gandhi kritik Modi mengenai China

AMERIKA SYARIKAT, 2 Jun - Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi mengkritik cara Perdana Menteri Narendra Modi mengendalikan hubungan India dengan China, mendakwa Beijing "menduduki wilayah kami".

"Hakikatnya ialah China menduduki wilayah kami. Ia fakta yang perlu diterima. Saya rasa 1,500 kilometer persegi tanah sebesar Delhi diduduki oleh mereka," Gandhi, berkata dalam kenyataan di The National Press Club dalam lawatan ke Washington.

"Ia sama sekali tidak boleh diterima. Perdana Menteri nampaknya mempercayainya."

Hubungan China dan India tidak baik sejak beberapa dekad lalu, selepas perang di sempadan Himalaya apabila tentera China membunuh 20 tentera India dan empat di pihak China.

Sejak berkuasa pada 2014, kerajaan Modi Bharatiya Janata Party (BJP) telah memperuntukkan berjuta-juta dolar bagi meningkatkan infrastruktur ketenteraan dan awam di sepanjang sempadan 3,800 km (2,360 batu) dengan China.

(Rahul Gandhi/FOTO REUTERS)

Secara berasingan, Gandhi menyalahkan Modi atas polarisasi agama India, mengatakan BJP bukan parti inklusif.

Bagaimanapin BJP menafikan dakwaan itu dan menjelaskan ia adalah untuk kebajikan dan pembangunan semua orang India. - REUTERS

Media Baharu