fb fb fb fb fb

Rakyat Jordan bergembira sambut majlis perkahwinan Putera Mahkota

AMMAN, 2 Jun - Putera Mahkota Hussein bin Abdullah dan pasangannya Rajwa al-Seif dari Arab Saudi menyambut tetamu di Istana Al Husseiniya dengan kehadiran Raja Abdullah dan Ratu Rania pada majlis perkahwinan mereka, pada Khamis.

Perarakan perkahwinan berlangsung di Istana Istana Zahran yang pernah menjadi lokasi perkahwinan bonda dan ayahanda baginda, Raja Abdullah dan Permaisuri Rania, 30 tahun lalu.

(FOTO REUTERS)

Sambutan secara besar-besaran itu melihatkan rakyat Jordan teruja berkumpul di sepanjang jalan raya dengan menari dan bertepuk tangan tanda meraikan perkahwinan Putera Mahkota dan isterinya. - REUTERS

Media Baharu