fb fb fb fb fb

Cuaca panas, kering melanda Kanada timur

(Foto AFP)

OTTAWA, 2 Jun- Cuaca panas dan kering di Kanada timur pada Khamis meningkatkan risiko berlakunya pembakaran hutan.

Menteri Kesediaan Kecemasan Bill Blair berkata sebanyak 210 kebakaran sedang marak di seluruh Kanada setakat ini termasuk 82 di luar kawalan.

"Lebih daripada 2.7 juta hektar telah hangus tahun ini, lapan kali lebih banyak daripada purata tiga dekad lalu.

"Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku dan ia sangat membimbangkan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli Jonathan Wilkinson menjangkakan jumlah hutan yang terbakar meningkat dua kali ganda menjelang 2050.

"Kanada mengalami kesan perubahan iklim termasuk kebakaran hutan yang lebih kerap dan lebih melampau," katanya.

Mei lalu, cuaca panas dan kering di barat negara itu telah menyebabkan hutan di wilayah Prairies Alberta dan Saskatchewan terbakar.

Pihak bomba kini giat memadamkan 26 kebakaran hutan di Nova Scotia.

Sebanyak 200 rumah telah musnah dan hampir 20,000 penduduk kehilangan tempat tinggal di Nova Scotia. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu