fb fb fb fb fb

Boric perkukuh komitmen terhadap hak asasi manusia dan tenaga boleh diperbaharui

CHILE, 2 Jun - Presiden Chile Gabriel Boric pada Khamis menegaskan bahawa kerajaanya akan mempertahankan hak asasi manusia dan memperbaharui tenaga.

Dalam ucapannya itu pada Kongres Valparaiso, Boric mengulangi komitmennya untuk mempertahankan alam semula jadi, minoriti dan mempromosikan kebebasan.

Popularitinya merosot ketika negara berdepan masalah ekonomi, peningkatan jenayah dan isu politik.

Boric mengumumkan kerajaan akan menghantar permohonan kepada Kongres bagi mendapatkan peruntukan untuk penyimpanan tenaga berskala besar yang memerlukan pelaburan sebanyak $2 bilion.

(Gabriel Boric/ FOTO REUTERS)

Katanya, projek itu akan bermula tahun 2026 di padang pasir Atacama, menjadi projek terbesar di Amerika Latin.

"Chile adalah salah satu pengeluar utama tenaga boleh diperbaharui di dunia dan hari ini cabarannya adalah untuk menyimpan tenaga solar dan angin itu," kata Boric. - REUTERS

Media Baharu