fb fb fb fb fb

Suspek bunuh aktivis pro Israel diberkas

Robinson bakal didakwa dengan tuduhan membunuh tingkat pertama serta menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan badan serius. Foto AFP

UTAH, 13 September - Suspek pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk berjaya diberkas.

Suspek dikenal pasti sebagai Tyler Robinson, 22 tahun yang merupakan penduduk Utah.

Gabenor Utah Spencer Cox mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media.

Menurut Cox, pasukan penyiasat berjaya mengenal pasti pembunuh tersebut selepas menganalisis rakaman video, menyoal ahli keluarga pelaku serta menyemak mesej Robinson bersama rakannya.

Katanya Robinson telah mengaku kepada ahli keluarganya bahawa dia telah melakukan tindakan itu (membunuh).

"Ahli keluarganya berkata baru-baru Robinson ada datang makan malam keluarga sebelum 10 September. Dan dalam perbualan dengan ahli keluarga lain, Robinson telah menyebut Charlie Kirk akan datang ke UVU (Utah Valley University)," jelas Cox.

Robinson kini bakal didakwa dengan tuduhan membunuh tingkat pertama serta menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan badan serius.

Rabu lepas Kirk yang merupakan penyokong tegar Presiden Donald Trump serta Israel ditembak mati ketika menghadiri satu acara di UVU.

JALALUDDIN BIN BAHARIN