fb fb fb fb fb

Suspek bocor dokumen sulit AS kekal di penjara

(Jack Teixeira, 21, dituduh berkongsi dokumen sulit mengenai isu keselamatan negara/AFP)

WORCESTER, 20 Mei - Pegawai tentera udara Amerika Syarikat yang dituduh membocorkan dokumen rahsia akan kekal dalam penjara sementara menunggu perbicaraan, demikian keputusan hakim persekutuan selepas pendakwa berhujah bahawa dia menimbulkan risiko berterusan kepada keselamatan negara.

Jack Teixeira, pakar IT Pengawal Kebangsaan Udara berusia 21 tahun didakwa mendalangi kebocoran dokumen sulit AS dengan mendedahkan maklumat sangat sensitif menerusi forum sembang dalam talian.

Dokumen itu, yang tidak lama kemudian tersebar di internet, menunjukkan kebimbangan AS tentang kapasiti ketenteraan Ukraine terhadap pencerobohan tentera Rusia dan menunjukkan Washington nampaknya telah mengintip sekutunya Israel dan Korea Selatan.

Teixeira dibawa masuk untuk perbicaraan yang dihadiri bapanya dan yang lain dengan bergari dan memakai jumpsut oren.

"Bukti menyokong penahanan," kata Hakim Majistret David Hennessy, sambil menyatakan bahawa "negara asing tahu dia tidak setia kepada Amerika Syarikat," dan bahawa defendan "tidak mengambil berat tentang orang lain."

Pendakwa raya berhujah bahawa Teixeira mungkin masih mempunyai akses kepada dokumen sulit dan negara "musuh" boleh membantunya melarikan diri jika dia dibebaskan dari penjara, juga mengatakan dia mempunyai sejarah membuat kenyataan "ganas".

Teixeira juga dikatakan mempuyai sejarah membuat kenyataan "ganas".

Seperti catatannya di media sosial pada November bahawa dia mahu "membunuh banyak orang" kerana ia akan "memusnahkan orang yang berfikiran lemah."-AFP

(Suspek bocor dokumen sulit AS kekal di penjara/AFP)

Media Baharu