fb fb fb fb fb

Pusingan kedua Pilihan Raya Turkiye: Pengundi luar negara mengundi hari ini

(FOTO AFP)

ISTANBUL, 20 Mei-Rakyat warganegara Turki di luar negara mula mengundi hari ini bagi pusingan kedua pilihan raya Presiden.

Pusingan kedua pilihan raya Presiden Turkiye bakal berlangsung di Turkiye pada 28 Mei ini selepas Erdogan gagal mendapatkan 50 peratus undi bagi memenangi pilihanraya Ahad lalu.

Kira-kira 3.4 juta rakyat Turkiye yang berada di luar negara layak mengundi, manakala sejumlah 64 juta orang pula bakal membuang undi di negara berkenaan yang dijadualkan diadakan pada 20 hingga 24 Mei ini.

Agensi berita Andolu dilaporkan berkata proses pengundian telah bermula di beberapa negara seperti Asia dan Eropah.

Jerman mempunyai diaspora Turki teramai di dunia dengan 1.5 juta rakyat Turki layak untuk mengundi.

Pada pengundian pusingan pertama Ahad lalu, Parti AK pimpinan Erdogan bersama sekutunya, Parti Nasionalis berjaya memenangi kerusi di Parlimen dengan majoriti besar.

Sementara itu, Kilicdaroglu, calon pakatan pembangkang yang merangkumi enam parti, memenangi 44.88 peratus sokongan mengekori rapat Erdogan yang mendapat 49.52 peratus pada pilihan raya Presiden.

Tumpuan kini terarah kepada Sinan Ogan, calon yang menduduki tempat ketiga dengan 5.17 peratus sokongan.

Ogan dilihat berpotensi menjadi penentu melalui sokongan kepada salah seorang calon Presiden yang bertanding.-AFP

(Pengerusi CHP,  Kemal Kilicdaroglu/FOTO AFP)

Media Baharu