MEXICO CITY, 21 Mei- Lapangan Terbang Antarabangsa Benito Juarez telah menutup operasinya susulan abu dari gunung berapi Popocatepetl, yang telah aktif selama beberapa hari.
Kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan dilihat memeriksa dan membersihkan landasan serta laluan teksi.
Lapangan terbang itu menghentikan operasi pada pukul 4.25 pagi semalam, selama lebih lima jam.
Beberapa penerbangan telah ditangguhkan manakala yang lain dibatalkan.
Sebelum tengah hari, terminal itu telah beroperasi semula.
(Paparan skrin menunjukkan terdapat penerbangan yang ditangguh
dan dibatalkan susulan abu gunung berapi / Foto REUTERS)
Popocatepetl terletak kira-kira 72 kilometer di tenggara Mexico City.
Sejak letusan baharu bermula pada tahun 1994, gunung berapi berkenaan telah menjadi tumpuan para saintis.
Letusannya mengundang risiko terhadap kira-kira 22 juta penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya di pinggir timur Mexico City.-REUTERS