fb fb fb fb fb

Presiden Taiwan ikrar kekalkan 'status quo' hubungan rentas selat

(Tsai Ing-wen bercakap semasa sidang akhbar pada ulang tahun ketujuh perkhidmatannya, di Pejabat Presiden, Taipei/AFP)

TAIPEI, 20 Mei- Presiden Taiwan Tsai Ing-wen berikrar mengekalkan keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan dalam menghadapi tekanan tentera yang meningkat daripada China.

Sepanjang dua penggal Tsai memegang jawatan presiden, pulau yang diperintah sendiri itu telah menyaksikan peningkatan bilangan pesawat perang dan pencerobohan laut daripada China.

"Dalam menghadapi serangan sivil dan ancaman ketenteraan China, rakyat Taiwan bersikap tenang dan tidak agresif, rasional dan tidak provokatif," katanya hari ini, hari terakhir tahun ketujuh beliau memegang jawatan.

"Peperangan bukan satu pilihan dan mana-mana pihak tidak boleh mengubah status quo secara unilateral dengan cara yang tidak aman," katanya.

"Kami tidak akan provokatif, agresif dan kami pasti tidak akan tunduk bawah tekanan."

Ucapan Tsai dibuat ketika Taiwan bersiap sedia untuk pilihan raya presiden yang akan diadakan pada Januari 2024.

Disebabkan peraturan had maksimum dua penggal, Tsai yang berusia 66 tahun tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini. -AFP

(Presiden Taiwan Tsai Ing-wen/REUTERS)

Media Baharu