fb fb fb fb fb

Subvarian baharu Omicron dikesan di Thailand

(FOTO BERNAMA)

BANGKOK, 22 Julai - Thailand mengesan kes pertama subvarian Omicron BA.2.75 di wilayah selatan Trang.

Pusat Genomik Perubatan di Hospital Ramathibodi, berkata sampel itu adalah antara spesimen yang dikumpul pada 28 Jun lalu.

(Thailand mengesan kes pertama subvarian Omicron BA.2.75 di wilayah
selatan Trang / FOTO HIASAN)

"Analisis penjujukan genom keseluruhan mengesahkan kes dengan BA.2.75," katanya dalam satu kenyataan.

BA.2.75 yang diberi jolokan Centaurus, mula dikesan di India pada awal Mei dan sudah pun merebak ke lebih 10 negara, termasuk Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Pakar dilaporkan berkata, subvarian BA.2.75 mungkin merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan untuk mengelakkan imuniti daripada vaksin. - BERNAMA

Media Baharu