fb fb fb fb fb

Panda gergasi jantan tertua mati pada usia 35 tahun

(FOTO AFP)

HONG KONG, 22 Julai - An An, panda gergasi jantan yang tertua di dunia dilaporkan mati di Hong Kong pada usia 35 tahun.

Usianya dianggarkan menyamai usia manusia iaitu kira-kira 105 tahun, lapor Xinhua.

Kesihatannya dilaporkan merosot sejak beberapa minggu lalu.

(An An sedang menikmati hidangan ringan di Ocean Park, Hong Kong/FOTO FAIL AFP)

The Ocean Park Hong Kong memaklumkan, An An telah banyak memberi kenangan terindah dan detik-detik bersamanya akan dirindui kerana kepandaian dan keletahnya.

Panda jantan itu tiba di Hong Kong pada 11 Mac 1999, bersama dengan seekor lagi panda gergasi betina, Jia Jia, yang mati pada 2016 pada usia 38 tahun.

Pada 1997, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China telah menghadiahkan Jia Jia dan An An kepada Hong Kong.

Secara purata, jangka hayat panda gergasi adalah kira-kira 20 tahun tetapi jika bawah jagaan manusia, jangka hayat mereka boleh mencecah kira-kira 30 tahun.-AFP

Media Baharu