fb fb fb fb fb

Kerajaan perpaduan berpecah, PM Itali letak jawatan

(FOTO AFP)

ROM, 22 Julai - Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden, Sergio Mattarella selepas kerajaan perpaduannya berpecah.

Kenyataan dikeluarkan pejabat Mattarella memaklumkan, ketua negara itu telah 'maklum' mengenai peletakan jawatan itu dan meminta Draghi untuk kekal sebagai perdana menteri sementara.

(Perdana Menteri Mario Draghi (kanan) menandatangani dekri untuk membubarkan Parlimen
di hadapan Presiden Itali Sergio Mattarella (kiri) / FOTO AFP)

Kerajaan pimpinan Draghi tumbang selepas tiga daripada rakan pakatannya menarik sokongan mereka dalam undi percaya.

Krisis politik yang melanda kerajaan ketika ini telah menamatkan tempoh kestabilan di negara itu sejak beberapa bulan lalu, di mana bekas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) itu membantu Itali meningkatkan kedudukannya dalam pasaran kewangan.

Bon dan saham Itali dijual secara mendadak hari ini susulan pasaran bersiap sedia untuk kenaikan kadar faedah pertama daripada Bank Pusat Eropah sejak 2011.-AFP

Media Baharu