fb fb fb fb fb

Ivana Trump disemadikan di Bandaraya New York semalam

NEW YORK, 21 Julai- Ivana Trump, bekas isteri Donald Trump, disemadikan di New York City semalam.

Majlis pengebumian diadakan di Gereja Roman Katolik St. Vincent Ferrer di kawasan kejiranan mewah Upper East Side Manhattan.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu bersama tiga anaknya Donald Trump Jr, Ivanka Trump dan Eric Trump turut hadir.

Ivana Trump, 73, ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Manhattan minggu lepas.

Pihak berkuasa telah memutuskan kematiannya tiada kaitan dengan perbuatan khianat dan banyak laporan mengatakan beliau meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga di rumahnya.

Ivana dan Trump berkahwin pada 1977 dan kemudian bercerai pada 1992.

Ahli perniagaan wanita keturunan Czech-Amerika itu memainkan peranan penting dalam membina empayar Trump, menurut New York Times.

Sepanjang tahun 80-an, Trumps adalah salah satu pasangan berprofil tertinggi di New York.

Donald Trump bersama anak-anaknya di Gereja Roman Katolik St. Vincent Ferrer
FOTO AFP

Berita berkaitan
Objek tumpul punca kematian Ivana Trump
Ivana Trump meninggal dunia

Kuasa dan selebriti mereka berkembang apabila perniagaan hartanah Donald Trump melonjak dan Ivana Trump menjawat beberapa jawatan penting dalam organisasi Trump dan menulis beberapa buku termasuk "Raising Trump," biografi perkahwinannya dengan bekas presiden itu yang diterbitkan pada 2017.

Perpecahan berprofil tinggi mereka pada awal 90-an dikhabarkan sebahagiannya disebabkan oleh hubungan sulit Donald Trump dengan pelakon Marla Maples. AFP

Media Baharu