NEW YORK, 30 Ogos- Stesen kereta api bawah tanah yang paling terkenal dan paling sibuk di New York, di Times Square, dilanda banjir kilat pada Selasa, disebabkan oleh sesalur air lama yang pecah selepas lebih satu abad beroperasi.
Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) mengeluarkan video dan gambar menunjukkan air yang mengalir ke stesen Times Square-42nd Street di tengah-tengah Manhattan pada kira-kira pukul 03:00 pagi.
Pada waktu pagi, dianggarkan 1.8 juta gelen air berjaya dikeluarkan daripada stetsen tersebut kata MTA.
Situasi tersebut jelas mengganggu perkhidmatan di beberapa stesen paling sibuk di bandar tersebut; Laluan 1, 2 dan 3 -- pada waktu puncak perjalanan pagi.
MTA New York City Transit berkata paip yang pecah ialah paip utama 20 inci yang dipasang pada 1896.
Saluran paip yang pecah juga membanjiri jalan-jalan Midtown.
Trafik turut terganggu dan bekalan air ke kawasan itu terputus sementara ratusan pekerja dan jurutera MTA mengepam dan membersihkannya.
Begitupun, keadaan kembali pulih menjelang tengah hari.-AFP
(Saluran paip berusia lebih 100 tahun pecah lalu mengakibatkan banjir)