fb fb fb fb fb

Sri Lanka: Sekolah, pejabat kerajaan ditutup dua minggu berikutan krisis bahan bakar

(Kenderaan beratur di sepanjang jalan untuk membeli petrol dari stesen minyak syarikat petroleum Ceylon di Colombo pada 17 Jun 2022/AFP)

COLOMBO, 18 Jun - Pihak berkuasa Sri Lanka mengumumkan penutupan selama dua minggu pejabat dan sekolah kerajaan setelah perkhidmatan pengangkutan awam hampir lumpuh disebabkan kekurangan peruntukan bagi menampung kos import bahan bakar.

Kementerian Pentadbiran Awam mengarahkan semua jabatan, institusi awam dan majlis tempatan hanya meneruskan operasi penting mulai Isnin ini.

"Disebabkan kekurangan pengangkutan awam serta ketidakupayaan untuk mengatur kenderaan persendirian, diputuskan agar mengurangkan secara drastik bilangan pekerja yang hadir di tempat kerja," kata perintah kementerian itu.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948, dan tidak dapat membiayai import barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar sejak akhir tahun lalu.

(Orang ramai beratur untuk membeli minyak tanah untuk kegunaan domestik di stesen bekalan di Colombo pada 17 Jun 2022/AFP)

Negara itu juga berdepan rekod inflasi yang tinggi dan gangguan bekalan elektrik berpanjangan, yang mencetuskan bantahan awam selama berbulan-bulan -- kadang kala ganas menggesa Presiden Gotabaya Rajapaksa supaya berundur.

Awal minggu ini, pihak berkuasa mengisytiharkan hari Jumaat sebagai cuti umum, dalam usaha menjimatkan penggunaan bahan bakar. -AFP

Media Baharu