fb fb fb fb fb

Sri Lanka cuba dapatkan harga minyak murah dari Qatar dan Rusia

(Foto AFP)

COLOMBO, 27 Jun- Sri Lanka bakal menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar untuk cuba mendapatkan harga minyak murah susulan kekurangan wang.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas negara tersebut kehabisan bahan api pada Sabtu.

Berikutan krisis berkenaan, Sri Lanka melanjutkan dua minggu lagi penutupan institusi negeri yang tidak penting bagi menjimatkan bahan api.

Ia termasuk mengekalkan sejumlah kecil kakitangan yang menyediakan perkhidmatan.

Menurut Kementerian Tenaganya, dua wakil akan dihantar ke Rusia hari ini untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Langkah itu selepas Sri Lanka membeli 90,000 tan minyak mentah Siberia bulan lalu.

Sri Lanka pada Sabtu mengumumkan negara itu sudah kehabisan petrol dan diesel, ekoran beberapa jadual penghantaran ditangguhkan bagi satu tempoh yang tidak pasti.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu