fb fb fb fb fb

Amaran penularan wabak taun mangsa gempa bumi di Afghanistan

(FOTO AFP)

KABUL, 26 Jun - Ribuan penduduk yang terjejas akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan timur Afghanistan memerlukan air bersih dan makanan.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman menerusi kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari selepas Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memberi amaran penularan wabak taun di wilayah itu perlu diberi perhatian khusus.

(FOTO AFP)

Tambah Sharafat, pihak kementerian sudah mendapatkan ubat-ubatan, namun berdepan cabaran untuk menghantarnya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Justeru, beliau memohon bantuan daripada komuniti antarabangsa dan organisasi kemanusiaan dari segi makanan serta ubat-ubatan kerana mangsa terselamat mungkin berisiko dijangkiti penyakit kerana tidak mempunyai rumah atau tempat berlindung yang elok untuk tinggal.

Gempa bumi yang tercetus pada Rabu lalu itu menyebabkan sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh, manakala 2,000 yang lain cedera.-AFP

Media Baharu