fb fb fb fb fb

Kematian 20 individu di kelab malam cetus tanda tanya

FOTO REUTERS

EAST LONDON, 27 Jun- Sekurang-kurangnya 20 orang ditemukan mati di sebuah kelab malam di bandar East London, Afrika Selatan semalam.

Apa yang menghairankan, kesemua mangsa ditemukan tanpa kesan kecederaan jelas.

Jurucakap polis, Tembinkosi Kinana berkata laporan dibuat oleh orang awam berhubung kejadian yang berlaku di Scenery Park, kira-kira 3.1 kilometer dari pusat bandar.

Pihak polis kini masih menyiasat punca kematian.

Mangsa yang terlibat dianggarkan berusia antara 13 dan 20 tahun.

Siaran televisyen tempatan menunjukkan pasukan polis cuba mengawal orang ramai yang mula memenuhi lokasi kejadian.

Sementara itu, menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan, Unathi Binqose, insiden itu tidak berkaitan dengan rempuhan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, kesemua mayat ditemukan di atas meja, kerusi dan lantai.

Sampel dari badan mangsa bakal dihantar ke makmal Toksikogi di Cape Town untuk dianalisis.-AFP


(FOTO REUTERS)

Media Baharu