fb fb fb fb fb

Sistem penjara Florida hampir lumpuh akibat kekurangan kakitangan

SAN FRANCISCO, 15 Februari - Sistem penjara Florida terus berdepan isu kekurangan pegawai penjara, lapor laman berita Florida Phoenix.

Seramai 200 pegawai berhenti setiap bulan, manakala kekosongan jawatan warden penjara juga "pada kadar yang tinggi -- lima orang meletak jawatan dalam tempoh lima bulan," kata pemangku ketua penjara Florida Ricky Dixon.

FOTO GOOGLE EARTH VIEW

Beliau yang juga setiausaha Jabatan Penjara Florida berkata tanpa pengurangan banduan dalam penjara, pegawai sedia ada terpaksa bekerja "lebih masa”, lapor Xinhua.

"Kami tidak boleh mengendalikan penjara dengan baik jika kami tidak mempunyai kakitangan keselamatan yang mencukupi untuk mengendalikan tahanan," tambahnya. - BERNAMA

Media Baharu