fb fb fb fb fb

Rakyat Ukraine kibar bendera esok simbolik pertahan tanah air

KYIV, 15 Februari - Baru-baru ini, sebuah akhbar Jerman iaitu Del Spiegel mendedahkan Rusia bakal menyerang Ukraine, esok.

Maklumat itu didakwa hasil siasatan pelbagai perkhidmatan perisikan Barat termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Meski sumber itu tidak jelas dan belum ditentukan kesahihannya, Presiden Ukraine - Volodymyr Zelenskiy, telah meminta rakyatnya mengibarkan bendera negara itu dan memakai ribon kuning biru, esok.

Ia sebagai simbolik penyatuan rakyat dalam mempertahankan tanah air.

Dalam video berdurasi lebih dua minit yang dimuatnaik di Instagram rasminya, Zelenskiy turut memaklumkan, pihaknya memantau situasi yang berlaku secara berterusan dan meneliti pelbagai senario yang mungkin berlaku.

FOTO AFP

Zelenskiy berkata, ini bukan kali pertama Ukraine diancam untuk diserang.

Justeru, persediaan rapi telah dilakukan termasuk mengenalpasti kedudukan musuh di kawasan sempadan dan pelan pencerobohan yang akan digunapakai.

Ukraine, tegasnya, akan segera bertindak sekiranya diserang

Media Baharu