BEIJING, 25 Disember - Kapal induk China, Fujian, kini mampu menggunakan sistem pelontar elektromagnetik dan alat brek untuk memudahkan operasi pesawat, menandakan pencapaian penting Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA Navy) selepas lebih dua dekad pembangunan.
Menurut pegawai kapal induk, Bao Yu, ia dapat memenuhi keperluan pecutan pesawat berasaskan kapal induk dalam jarak yang agak singkat.
"Kemudian, dalam jarak yang amat singkat, ia memastikan fungsi alat brek berjalan lancar,” katanya.
Keupayaan melancarkan pesawat menggunakan sistem tersebut dan pendaratan berpaut membolehkan penerbangan tentera laut China beroperasi lebih jauh dan membawa muatan lebih berat daripada sebelum ini.
Dalam pada itu, pakar menyatakan keupayaan mencapai pecutan pantas dan brek serta-merta dalam ruang terhad adalah salah satu cabaran teknikal utama sistem itu, menunjukkan kawalan dan pengurusan tenaga canggih yang dibina dalam reka bentuk Fujian.-REUTERS