ROME, 12 November- Penduduk Ladispoli, Rom gempar dengan kejadian seekor singa yanbg terlepas dari sarkas dan merayau-rayau di kawasan bandar.
Alessandro Grando, Datuk Bandar Ladispoli, telah memberi amaran kepada penduduk supaya tinggal di rumah sementara polis dan kakitangan sarkas berusaha menangkap haiwan itu.
Sebuah video yang dirakan oleh penduduk tempatan menunjukkan singa dewasa itu berjalan melalui jalan yang gelap dan lengang.
Dalam catatan Facebook sekitar 10:30, lebih lima jam selepas mesej asalnya menimbulkan penggera, Grando berkata singa itu telah dibius dan ditangkap.
"Sekarang dia akan diuruskan oleh kakitangan sarkas," tulisnya sambil mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan kecemasan dan sukarelawan yang membantu semasa kerja-kerja menangkap singa tersebut.
"Saya harap episod ini dapat menimbulkan kesedaran dan akhirnya kita dapat menamatkan eksploitasi haiwan dalam sarkas," tambah datuk bandar.
Sebelum ini, Grando tidak membenarkan kehadiran sarkas dengan singa di bandar itu, tetapi berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.-AFP