fb fb fb fb fb

Singa gunung mati dalam pembedahan selepas ditembak polis

OAKLAND, 28 Ogos- Seekor singa gunung yang ditembak polis, mati ketika menjalani pembedahan di sebuah zoo di California, kata seorang jurucakap zoo, selepas haiwan itu dikejutkan dengan tembakan ubat penenang dan melompat ke arah seorang pegawai di kawasan kejiranan di pinggir bandar.

Seorang penduduk di Hollister, sebuah bandar yang terletak kira-kira 161 kilometer di selatan San Francisco, ternampak singa yang masih kecil itu di anjung hadapan rumah dan menghubungi polis kira-kira jam 4.42 pagi, kata Jabatan Polis Hollister dalam satu kenyataan.

Apabila pegawai Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California cuba menenangkannya, singa itu berlari keluar dari semak dan melompat ke arah seorang pegawai polis, kata pegawai itu.

"Bimbang akan nyawa dan keselamatan pegawai berkenaan, dua pegawai kemudian melepaskan tembakan senapang mereka ke arah singa gunung itu," kata kenyataan polis itu.

"Kami tidak boleh meletakkan nyawa haiwan itu melebihi nyawa manusia dan disebabkan itu, pegawai melepaskan tembakan di tempat kejadian."

Singa itu melompat melalui pagar berhampiran ke kawasan tepi halaman, di mana haiwan itu kembali tenang.

"Pegawai menemukan satu luka peluru di bahagian badannya.

Kami tidak menganggap singa gunung itu sebagai ancaman keselamatan awam. Ia tidak bertindak agresif," kata kata jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar, Mike Perin sambil menyatakan, matlamat mereka adalah untuk mengembalikan haiwan itu ke habitatnya.

Pegawai zoo berkata, berat singa itu adalah kira-kira 34 kilogram.


(Singa gunung yang ditembak polis menjalani pembedahan kecemasan di bilik radiologi
di Zoo Oakland ,California /REUTERS)

"Singa itu cantik, dalam keadaan baik, cukup makan, semuanya baik. Mungkin ia hanya seekor singa kecil yang mencari rumput, seperti yang dilakukan singa pada usia itu," kata naib presiden perkhidmatan veterinar di zoo berkenaan, Dr Alex Herman.

Sebelum pembedahan, Dr Herman optimis namun mengakui risikonya.

"Banyak haiwan mati akibat kecederaan seperti ini," katanya. - REUTERS

Media Baharu