fb fb fb fb fb

Siasatan Khas: Dua menteri antara 8 korban nahas helikopter di Ghana

Kesemua 8 mayat telah ditemukan dan pengebumian negara akan diadakan pada 15 Ogos / Foto GREAT AFRICA

ACCRA, 8 Ogos - Ghana menubuhkan Pasukan Siasatan Khas susulan nahas helikopter tentera yang mengorbankan dua menteri negara itu serta enam individu lain.

Menteri Pertahanan, Edward Omane Boamah dan Menteri Alam Sekitar, Sains dan Inovasi, Ibrahim Murtala Muhammed serta enam orang lain termasuk tokoh politik dan kru tentera udara maut dalam nahas itu pada Rabu.

"Angkatan tentera Ghana telah memulakan siasatan penuh dan telus mengenai nahas ini," kata Presiden John Mahama dalam ucapan di televisyen.

"Data penerbangan dan perakam suara kokpit telah ditemukan dan Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan untuk menyiasat punca nahas", katanya

Helikopter tentera udara itu hilang daripada radar sejurus berlepas dari Accra dalam perjalanan ke Obuasi di selatan Ghana.

"Kesemua lapan mayat telah ditemukan dan pengebumian negara akan diadakan pada 15 Ogos", kata Mahama.

Mahama telah menangguhkan semua program yang dijadualkan untuk sepanjang minggu ini dan mengisytiharkan tiga hari berkabung mulai Khamis dengan semua bendera dikibarkan separuh tiang. - AFP

HASRON BIN HASSAN