fb fb fb fb fb

Sheikh Nawaf meninggal dunia pada usia 86 tahun

Sheikh Nawaf al-Ahmad al-Sabah

KUWAIT, 16 Disember- Emir Kuwait Sheikh Nawaf al-Ahmad al-Sabah meninggal dunia pada usia 86 tahun, menurut mahkamah diraja.

Bagaimanapun punca kematiannya tidak didedahkan. Sheikh Nawaf dimasukkan ke hospital akhir bulan lalu lapor agensi berita negeri. Ketika itu beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan namun masih berada dalam keadaan stabil.

Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah, 83, menjadi pemerintah de facto Kuwait pada 2021, apabila Sheikh Nawaf menyerahkan tugasnya.

Sheikh Nawaf menggantikan Sheikh Sabah pada September 2020 berikutan kematian Sheikh Sabah yang telah memerintah lebih sedekad dan membentuk dasar luar negeri selama lebih 50 tahun.

Kuwait, pemegang rizab minyak ketujuh terbesar di dunia, bersempadan dengan Arab Saudi dan Iraq, dan terletak di seberang Teluk dari Iran.

Sejak mengambil alih pada 2020, Sheikh Nawaf mengekalkan dasar luar yang menyeimbangkan hubungan dengan negara-negara jiran.

Menurut perlembagaan Kuwait, Putera Mahkota Kuwait boleh mengambil alih kuasa selepas mengangkat sumpah di Parlimen.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI