(Foto Reuters)
KIEV, 25 Julai- Rusia melancarkan serangan udara keenam bulan ini ke atas Kiev, pada Selasa.
Menurut pentadbiran tentera Ukraine, serangan Moscow itu menggunakan dron Shahed buatan Iran.
Bagaimanapun, kesemua dron berjaya ditembak jatuh sistem pertahanan udara Ukraine.
Amaran serangan udara berkenaan berlangsung selama lebih tiga jam ke atas bandar dan separuh timur negara itu.
"Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan serius dilaporkan dan pihak kami masih mengumpul maklumat, kata ketua pentadbiran tentera Kiev, Serhiy Popko menerusi aplikasi Telegram.-REUTERS
(Rusia melancarkan serangan udara keenam bulan ini ke atas Kiev/Foto Reuters)