BEIRUT, 29 Mac - Pemantau perang berkata serangan udara tentera Israel di Aleppo telah mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang termasuk 36 orang tentera Syria.
Ini sekali gus menjadikan jumlah korban anggota tentera tertinggi sejak konflik Hamas-Israel bermula Oktober tahun lalu.
Israel sebelum ini pernah melancarkan beratus-ratus serangan di Syria sejak perang saudara meletus di negara tersebut pada 2011.
Serangan itu dipercayai menyasarkan posisi pihak tentera, Hezbollah dan Hamas.
Serangan udara tersebut semakin meningkat sejak peperangan antara pasukan pejuang Hezbollah pada 7 Oktober tahun lalu.
"Serangan udara Israel menyasarkan gudang simpanan roket milik Hezbollah berhampiran Lapangan Terbang Aleppo", kata Kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di United Kingdom (UK) yang mempunyai rangkaian sumber dalam Syria.
Kumpulan berkenaan turut melaporkan 42 orang terkorban dalam serangan udara tersebut termasuk enam orang pejuang Hezbollah dan 36 orang askar Syria", tambah kumpulan itu.
Sementara itu, Agensi Berita Syria, SANA yang memetik sumber tentera melaporkan serangan udara itu berlaku pada pukul 1.45 pagi (Waktu tempatan) dan dilancarkan dari Athriya, tenggara Aleppo.
Sumber tentera berkenaan turut menambah terdapat beberapa orang awam dan tentera terbunuh dan cedera dalam serangan berkenaan.-AFP