GAZA, 25 September – Sekurang-kurangnya 22 orang termasuk sembilan kanak-kanak dan enam wanita maut selepas serangan udara Israel menyasarkan gudang penempatan sementara keluarga pelarian di kawasan Pasar Firas, barat Bandar Gaza.
Orang ramai mengeluarkan mayat dari runtuhan serta mengadakan solat jenazah dan pengebumian.
Seorang penduduk berkata mereka tidak diberi amaran lebih awal.
“Jika dimaklumkan, kejadian ini tidak akan berlaku,” kata Sami Hjaj.
Manal Ayyad, yang kehilangan lapan ahli keluarga, meluahkan kesedihan.
“Saya kehilangan anak, menantu, cucu dan semua empat anak saya sendiri. Tiada tempat yang selamat di Gaza,” katanya.
Media Palestin menyifatkan insiden itu sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 65,000 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 160,000 lagi cedera. - VIORY