fb fb fb fb fb

Kerajaan baharu Thailand angkat sumpah

Majlis angkat sumpah dan Dewan Perwakilan akan dibubarkan dalam tempoh empat bulan/Foto AFP

BANGKOK, 25 September – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul bersama barisan kabinetnya hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum mengadakan mesyuarat pertama di Rumah Kerajaan, Bangkok.

Pada sidang media sulung selepas majlis angkat sumpah itu, Anutin mengumumkan Dewan Perwakilan akan dibubarkan dalam tempoh empat bulan.

Keputusan itu dibuat selepas kenyataan dasar kerajaan dibentangkan ke Parlimen yang dijangka pada akhir Januari 2026.

Katanya, langkah itu bagi memberi peluang rakyat menggunakan hak memilih kerajaan baharu selewat-lewatnya awal April tahun depan.

“Kami semua bersedia dan berbesar hati menumpukan khidmat kepada Raja serta seluruh rakyat Thailand bermula saat ini,” katanya. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN