GAZA, 30 April– Lima orang awam, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di kawasan Al-Mawasi, barat Khan Yunis, selatan Gaza pada petang Selasa.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), insiden berkenaan turut menyebabkan beberapa yang lain mengalami kecederaan.
"Pesawat Israel telah menyasarkan khemah-khemah penempatan sementara milik penduduk yang dipindahkan di kawasan berkenaan, menyebabkan lima orang terkorban.
"Dua kanak-kanak terbunuh; masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun," lapor WAFA.