BAITULMAQDIS, 18 Mac- Serangan udara Israel ke atas Gaza, membunuh lebih 400 penduduk, lapor pihak berkuasa kesihatan Palestin.
Serangan seakan memberi bayangan kegagalan gencatan senjata selama dua bulan selain rejim Zionis terus menyerang Palestin.
Kumpulan pejuang Palestin mendakwa Israel terus melanggar gencatan senjata dan menjejaskan usaha pengantara untuk mendapatkan gencatan senjata kekal.
Menurut saksi Rabiha Jamal, serangan udara itu turut disasarkan ke atas kediaman dan khemah yang menempatkan orang awam dari utara dan selatan Gaza.
"Ia adalah malam yang dahsyat ketika menyambut Ramadan. Serangan ini mengingatkan seperti serangan pada kali pertama perang.
"Kami sedang bersiap untuk makan sebelum memulakan hari baru berpuasa apabila bangunan itu bergegar dan letupan bermula. Kami fikir ia sudah berakhir tetapi perang kembali," kata Rabiha Jamal, 65 tahun.
Kumpulan pejuang Hamas terus berjuang demi Palestin meskipun ramai ketua pejuang kumpulan itu dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan.
Antara yang terbunuh dalam serangan udara di rumah mereka ialah Ketua de facto Kerajaan Hamas Essam Addalees, Timbalan Menteri Kehakiman Ahmed Al-Hetta dan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Hamas Mahmoud Abu Watfa.- Reuters