PARIS, 17 Jun- Kebanyakan penduduk Tehran telah melarikan diri dari kawasan berlaku letupan sehingga mengakibatkan kesesakan luar biasa menuju ke utara negara itu.
Menerusi rakaman di media sosial yang dirakam orang ramai menunjukkan, trafik di Lebuhraya 49 yang menghubungkan Tehran dengan Chalus di Laut Caspian wilayah Mazandaran hampir tidak bergerak.
Wilayah itu yang terletak kira-kira 150-kilometer di utara Tehran biasanya mengambil masa tiga jam pemanduan untuk sampai ke destinasi.
Rakaman itu turut menunjukkan ratusan penduduk beratur di persimpangan Bazargan di barat Iran dengan Turkiye berhampiran dengan bandar Dogubayazit di timur negara berkenaan. -AFP