fb fb fb fb fb

20 penduduk Gaza maut ditembak Israel ketika sedang menunggu bantuan

Foto AFP

GAZA, 17 Jun- Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dalam serangan terbaharu Israel berhampiran pusat bantuan Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) yang disokong Amerika Syarikat di selatan wilayah Palestin.

Jurucakap Pertahanan Awam, Mahmud Bassal memberitahu, Israel melepaskan tembakan berhampiran bulatan Al-Alam di bandar selatan Rafah ketika kebanyakkan penduduk sedang menunggu agihan bantuan.

Serangan itu turut mencederakan lebih 200 orang dan telah dibawa ke hospital berhampiran, namun status kecederaan mereka tidak dinyatakan.

GHF mula mengagihkan bantuan pada akhir Mei, tetapi operasinya telah dicemari oleh adegan huru-hara dan berpuluh-puluh kematian.

Dalam satu kenyataan, Israel dengan bongkak menyatakan, tembakan itu dilepaskan kerana mereka berasa terancam.

Sejak tercetusnya perang antara Israel dengan Hamas, 21 bulan yang lalu telah membunuh sekurang-kurangnya 55,432 orang yang kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH