fb fb fb fb fb

Serangan Daesh bunuh 10 tentera pro-Kerajaan Syria

(Penduduk Syria dan anggota keselamatan berada di lokasi serangan drone
di wilayah Aleppo/Fail AFP)

BEIRUT, 8 Ogos –Kumpulan Militan Daesh dilapor membunuh 10 tentera Syria dan pejuang prokerajaan di wilayah Raqa, kawasan yang pernah menjadi kubu kuat kumpulan itu.

“Daesh menyerang kedudukan dan pusat pemeriksaan milik tentera… membakar kenderaan tentera dan rumah pasang siap,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syira pada Selasa.

Enam anggota tentera cedera dalam serangan pada petang Isnin, dan beberapa mangsa dilaporkan kritikal, kata badan pemantau berpangkalan di Britain; kebanyakan maklumat diperoleh daripada sumber dalaman Syria.

Ketika ini tentera kerajaan mengawal kawasan luar bandar di timur dan selatan wilayah Raqa, sementara pejuang Kurdish mengawal kawasan selebihnya.

Bandar Raqa pernah menjadi pusat pemerintahan kumpulan militan Daesh sehingga mereka disingkirkan pada 2017.

Minggu lepas, Daesh mengumumkan kematian pemimpin mereka, Abu al-Hussein al-Qurashi, dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut Syria.

Pada Mac 2019, Daesh terpaksa melepaskan kawasan terakhir dikuasai mereka di Syria dalam serangan balas diketuai kumpulan pejuang Kurdish yang disokong tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat.

Namun, dari semasa ke semasa, saki baki kumpulan militan itu terus melakukan serangan maut dari kawasan persembunyian mereka di kawasan padang pasir yang luas dan tersembunyi.

Militan turut menyasarkan serangan terhadap orang awam dan tentera kerajaan serta pejuang pro-Iran dan Kurdish. –AFP


(Lima terbunuh dalam serangan bom kereta: White Helmets atau
pasukan penyelamat/Fail AFP)

Media Baharu