fb fb fb fb fb

Israel roboh rumah penduduk Palestin didakwa bunuh tentera rejim

(Kepulan asap dapat dilihat selepas tentera Israel merobohkan sebuah rumah
di kem Asker didiami keluarga Abdel Fatah Khroushah/Foto AFP)

NABLUS, 8 Ogos –Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah merobohkan kediaman seorang penduduk Palestin yang dituduh membunuh seorang tentera rejim dan adiknya di Tebing Barat, kawasan pendudukan rejim yang menyaksikan peningkatan keganasan sejak berbulan-bulan.

Menurut sumber tentera, pertempuran berlaku ketika tentera rejim menceroboh untuk merobohkan kediaman Abdel Fatah Khroushah di kem penempatan Palestin, Asker utara bandar Nablus.

Menurut pihak tentera, "bom dilemparkan, dan tembakan dilepaskan, mendakwa mereka bertindak balas untuk menyuraikan rusuhan."

Saksi kejadian memberitahu kepada wartawan AFP, berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera rejim ketika tentera rejim masuk ke kawasan bandar.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu, enam warga Palestin cedera, termasuk seorang yang terkena peluru hidup.

Organisasi perubatan pula berkata, pihak Israel sengaja menyasarkan serangan ke salah sebuah ambulans mereka, menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Tentera rejim menuduh Abdel Fatah Khroushah menembak mati dua penduduk haram Israel - Halel Menachem Yaniv dan saudaranya Yagel Yaakov Yaniv – pada Februari lalu ketika dua beradik itu memandu di bandar Huwara, Tebing Barat.

Tentera Israel telah membunuh Abdel Fatah Khroushah dalam serbuan pada Mac lalu.

Israel sering merobohkan rumah penduduk Palestin yang didakwa melakukan serangan maut ke atas warga Israel, menyifatkan tindakan atau dasar itu bagi mengelak perkara sama berulang.

Namun aktivis hak asasi manusia menyifatkan dasar itu sebagai hukuman kolektif, kerana turut menyebabkan mereka yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak dan kehilangan tempat tinggal. -AFP


(Seorang penduduk di Kem Asker marah terhadap tentera Israel selepas mereka 
merobohkan kediaman Abdel Fatah Khroushah pada awal pagi 8 Ogos 2023/Foto AFP)

Media Baharu