KIEV, 7 Jun - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak manakala 17 cedera dalam serangan udara besar-besaran oleh Rusia ke atas Ukraine awal pagi tadi.
Serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Ukraine ke atas pangkalan udara Rusia beberapa hari lalu.
Datuk Bandar Kharkiv, Igor Terekhov menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat sejak 2022.
Tentera Udara Ukraine melaporkan sebanyak 206 dron dan sembilan peluru berpandu.
Sementara itu, di Kherson, sepasang suami isteri terbunuh apabila tembakan artileri merosakkan dua bangunan pangsapuri.
Di barat Ukraine, pasukan penyelamat di Lutsk menemui seorang wanita berusia 20 tahun maut dalam serangan yang berlaku sehari sebelumnya berhampiran sempadan Poland. - AFP