fb fb fb fb fb

Separuh negara dunia tidak bersedia hadapi bencana

(Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres/AFP)

GENEVA, 18 Oktober- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran, walaupun cuaca ekstrem dan bencana iklim semakin meningkat, separuh daripada negara tidak mempunyai sistem amaran awal lanjutan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.

Dalam laporan baharu, agensi PBB untuk cuaca dan pengurangan risiko bencana mendapati negara yang mempunyai sistem amaran awal yang lemah secara purata menyaksikan kematian lapan kali ganda lebih besar daripada bencana berbanding negara yang mempunyai langkah kukuh.

Sistem amaran awal yang betul untuk banjir, kemarau, gelombang panas, ribut atau bencana lain membolehkan perancangan untuk meminimumkan kesan buruk.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, ,emandangkan kesan perubahan iklim semakin dirasai, dunia menyaksikan lebih banyak bencana yang mempunyai impak yang meruncing.

"Keadaan cuaca ekstrem akan terus berlaku, netapi ia tidak perlu menjadi bencana yang membawa maut.

"Oleh itu, setiap negara harus dilengkapi dengan sistem amaran awal pelbagai bahaya, tetapi hanya separuh daripada negara di dunia pada masa ini mempunyai mekanisme sedemikian," katanya menurut laporan PBB berkenaan.

"Wilayah yang lebih miskin, selalunya yang paling terdedah kepada kejutan iklim dan bencana alam, kawasan yang paling lemah dari segi persediaanb dan semakin berisikio menghadapi situasi sukar dengan pelbagai kesan lebih buruk," tambahnya.

JURANG YANG KETARA

Sementara itu, mengulas lanjut, Guteres berkata kira-jkira lebih separuh daripada negara kurang membangun di dunia dan hanya satu pertiga daripada negara membangun mempunyai sistem amaran awal pelbagai bahaya, katanya.

Setiausaha Agung PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana, Mami Mizutori menyuarakan kebimbangan mengenai jurang yang ketara dalam perlindungan bagi negara-negara berkenaan.

"Ini adalah situasi yang perlu diubah segera untuk menyelamatkan nyawa, mata pencarian dan aset.

(Lebih separuh daripada negara kurang membangun di dunia dan hanya satu pertiga daripada negara
membangun mempunyai sistem amaran awal pelbagai bahaya/REUTERS)


"Apabila ancaman meningkat, sistem amaran awal pada masa yang sama telah menyumbang ke arah mengurangkan kadar kematian berkaitan bencana dengan ketara," katanya.

Laporan PBB menunjukkan bilangan orang yang terjejas akibat bencana meningkat hampir dua kali ganda daripada purata 1,147 setiap 100,000 setahun antara 2005 dan 2014, kepada 2,066 dari 2012 hingga 2021.

Pada masa yang sama, bilangan orang yang terbunuh atau hilang selepas bencana setiap tahun menurun daripada 1.77 bagi setiap 100,000 orang dalam tempoh sebelumnya kepada 0.84 dalam tempoh yang kemudian.

Mizutori merujuk kepada bencana banjir monsun baru-baru ini di Pakistan, yang menenggelamkan satu pertiga daripada negara itu, dan menyebabkan hampir 1,700 orang terkorban.

"Walaupun pembunuhan beramai-ramai ini, angka kematian mungkin lebih tinggi jika tidak kerana sistem amaran awal," katanya.

PBB mahu semua negara melaksanakan sistem amaran awal dalam tempoh lima tahun, dan akan membentangkan pelan tindakan semasa sidang kemuncak iklim COP27 November di Mesir.

"Mereka yang telah melakukan paling sedikit untuk menyebabkan krisis iklim membayar harga tertinggi," katanya.- AFP

Media Baharu