fb fb fb fb fb

Seorang terbunuh, sembilan cedera dalam letupan bom di Yangon

YANGON, 1 Jun - Seorang terbunuh, manakala sembilan mangsa lagi cedera dalam insiden letupan bom di kawasan kejiranan di hab komersial, Yangon.

Kejadian berlaku pada 3.20 petang waktu tempatan, berhampiran perhentian bas di daerah pusat bandar.

Menurut polis, pasukan keselamatan menemukan bom tangan yang tidak meletup berhampiran lokasi letupan.

Siasatan awal mendapati, letupan berpunca daripada periuk api buatan sendiri.


(Orang yang lalu-lalang membantu mangsa yang cedera
dalam insiden letupan bom di Yangon/AFP)

Akibat kejadian itu, seorang lelaki berusia 30-an meninggal dunia dan dibawa ke hospital, manakala sembilan yang lain sedang menerima rawatan, kata pasukan Penerangan Junta dalam satu kenyataan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas ini yang menyasarkan orang awam,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.-AFP

Media Baharu