SLOVENIA, 21 Januari - Seorang pelombong maut manakala dua lagi masih hilang lumpur membanjiri lombong arang batu di Velenje, sekitar 75 kilometer (km) timur laut ibu negara Ljubljana, malam Isnin, menurut pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari dua pelombong yang masih hilang selepas insiden itu.
Ketika kejadian, seramai 14 pekerja berada di dalam lombong, dan tiga daripadanya dilaporkan tidak sempat keluar.
Mayat salah seorang daripada mereka ditemukan awal pagi ini.
"Harapan untuk menemui mereka yang hilang dalam keadaan hidup adalah tipis," kata Pengarah Lombong, Marko Mavec, seperti dilaporkan agensi berita STA.
Pihak lombong menjelaskan bahawa walaupun semua langkah keselamatan telah diambil, kejadian seperti ini masih boleh berlaku diluar jangkaan.
Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar insiden tersebut.
Kejadian ini merupakan tragedi maut pertama di lombong Velenje sejak 2003, apabila dua pelombong terkorban.
Perdana Menteri Slovenia, Robert Golob, dijangka melawat lokasi lombong itu hari ini untuk meninjau situasi dan memberi sokongan kepada pasukan penyelamat serta keluarga mangsa. - AFP