fb fb fb fb fb

Seorang maut selepas dron Rusia rempuh bangunan kediaman di Odesa

Foto Reuters

KYIV, 24 Februari - Seorang maut manakala puluhan yang lain cedera selepas sebuah dron dipercayai milik Rusia merempuh sebuah bangunan kediaman di bandar Odesa, Selatan Ukraine.

Tentera Ukraine mengesahkan insiden berkenaan sambil berkata dron berkenaan merupakan salah satu daripada lima buah dron yang ditembak jatuh di wilayah Odesa di tengah-tengah gelombang serangan udara pada waktu malam.

"Salah satu dron yang ditembak jatuh telah merempuh kawasan perumahan Odesa, dan menyebabkan kemusnahan dan kebakaran di halaman Odesa,"kata pegawai pertahanan Ukraine seperti yang disiarkan di Telegram.

Tambah pegawai berkenaan, kebakaran dapat dipadamkan meskipun salah satu bangunan kediaman tersebut musnah sepenuhnya.

"Salah seorang penduduk kediaman maut, namun penyelamat berjaya mengeluarkan isteri penduduk tersebut daripada sisa runtuhan", kata pegawai berkenaan.

Dua lagi penduduk pangsapuri bersebelahan dibawa ke hospital akibat melecur dan kecederaan.

Awal Jumaat lalu, tentera Ukraine berkata tiga orang terbunuh selepas sebuah lagi dron Rusia yang ditembak jatuh merempuh sebuah bangunan perindustrian.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD