fb fb fb fb fb

Seorang maut, lapan cedera dalam serangan masjid Syiah di Iran

(Tembakan di sebuah masjid Syiah di selatan Iran membunuh sekurang-kurangnya
 seorang dan mencederakan lapan yang lain /AFP)

TEHRAN, 14 Ogos - Seorang maut dan lapan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid Syiah di selatan Iran.

Serangan itu berlaku kurang setahun selepas serangan serupa di tapak suci yang sama iaitu di makam Shah Cheragh di ibu kota wilayah Fars, Shiraz.

“Seorang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan itu,” lapor agensi berita rasmi IRNA, memetik Timbalan Gabenor Fars, Esmail Ghezel Sofla.

Mereka yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan dan sedang menjalani rawatan", kata IRNA.

Terdahulu dilaporkan hanya empat orang terbunuh tetapi laporan itu telah ditarik balik.

Mangsa yang maut telah disahkan oleh komander Fars Kor Pengawal Revolusi Islam, Yadollah Bouali ketik bercakap di TV kerajaan.

Pihak media Iran telah memberikan laporan yang berbeza mengenai serangan dan jumlah korban yang berbeza-beza.

Bouali berkata seorang lelaki bersenjata yang menjadi suspek inseiden tembakan itu ditahan tidak lama selepas itu.

“Seorang pengganas memasuki pintu masjid dan melepaskan tembakan dengan senapang tempur,” kata Bouali.

Gabenor wilayah Fars Mohamed Hadi Imanieh memberitahu bahawa serangan itu berlaku sekitar 7.00 malam waktu tempatan.

Rakaman yang disiarkan menunjukkan ambulans bergegas ke lokasi serangan.


(Pasukan perubatan berada di tempat kejadian untuk membantu mangsa yang cedera/ REUTERS)

Tiada tuntutan bertanggungjawab segera untuk serangan itu.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi telah mengarahkan siasatan dan berikrar dalam satu kenyataan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Makam Shah Cheragh adalah rumah kepada makam Ahmad, saudara kepada Imam Reza iaitu imam Syiah kelapan dan dianggap sebagai tapak paling suci di selatan Iran.- AFP

Media Baharu