fb fb fb fb fb

Seorang maut, empat cedera tempat letak kereta runtuh

(Foto AFP)

NEW YORK, 19 April- Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala empat lagi cedera dan dikejarkan ke hospital selepas sebahagian tempat letak kereta bertingkat di New York City runtuh, pada Selasa.

Rakaman video dari udara yang tersebar di media sosial menunjukkan kereta saling bertindih dalam runtuhan itu.

Pemangku Ketua Jabatan Bangunan New York, Kazimir Vilenchik pada sidang media di lokasi kejadian berkata tempat letak kereta itu runtuh ditingkat bawah.

Bahagian luar bangunan masih kekal, namun ia sangat tidak stabil dan bimbang akan berlaku runtuhan susulan.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba, John Esposito memberitahu telah mengarahkan semua pekerja untuk keluar dari bangunan itu.

Pasukan keselamatan turut menggunakan anjing robotik dan menerbangkan dron ke dalam bangunan untuk melakukan pencarian.

Beliau percaya terdapat enam pekerja dalam bangunan itu apabila ia runtuh.

"Empat daripada mereka telah cedera telah dihantar ke hospital dan dalam keadaan stabil. Seorang pekerja meninggal dunia," katanya pada sidang akhbar itu.

Dalam pada itu, orang ramai diseru untuk mengelak kawasan kejadian.-AFP

(Keadaan tempat letak kereta yang runtuh di New York City/Foto AFP)

Media Baharu