fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua cedera, bangunan keselamatan di Rusia terbakar

(Foto AFP)

MOSCOW, 16 Mac- Seorang maut dan dua lagi cedera di selatan Rusia pada Khamis dalam kebakaran yang telah memusnahkan Pejabat Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) di wilayah yang bersempadan dengan Ukraine.

Bagaimanapun, Kiev menafikan penglibatan langsung dalam insiden itu, namun berkata pihak berkuasa melihat peristiwa itu "dengan senang hati".

Imej yang tersebar di media sosial menunjukkan kebakaran besar memusnahkan blok pejabat di kawasan bandar serta asap hitam mengepul ke udara.


(Kebakaran di bangunan FSB Rusia, selatan Rostov-on-Don/AFP)

Gabenor wilayah itu mengumumkan, beberapa bangunan berdekatan di bandar Rostov yang terletak kira-kira 120 kilometer (75 batu dari sempadan Ukraine), telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pegawai itu, Vasily Golubev, berkata kebakaran merebak lebih 800 meter persegi (8,600 kaki persegi) dan "litar pintas", menyebabkan "letupan bekas bahan api dan pelincir".

Terdapat beberapa insiden sabotaj yang dilaporkan dikaitkan dengan Ukraine dalam wilayah Rusia sejak Kremlin mengerahkan tentera ke Ukraine pada Februari tahun lepas.

Pembantu Kanan Presiden Ukraine Mykhaylo Podolyak berkata insiden itu sebaliknya menunjukkan "panik" dan "konflik dalaman."

"Ukraine tidak campur tangan, tetapi melihatnya dengan senang hati..." tambahnya dalam satu kenyataan di Twitter.-AFP

Media Baharu