UKRAINE, 8 September- Peluru berpandu Rusia menyerang bandar-bandar di tengah dan timur Ukraine mengakibatkan seorang maut dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain, kata pegawai.
Menurut Menteri Dalam Negeri Igor Klymenko kejadian di pusat bandar Kryvyi Rig, kampung halaman Presiden Volodymyr Zelensky telah membunuh seorang anggota polis.
"Penyelamat Perkhidmatan Kecemasan Negeri mengeluarkan tiga lagi dari bawah runtuhan. Mereka dalam keadaan serius," katanya.
Foto-foto dikongsi di tempat kejadian menunjukkan asap keluar dari runtuhan bangunan ketika pekerja penyelamat membawa orang cedera ke ambulans.
Lebih 40 orang cedera dalam serangan itu, kata ketua pentadbiran bandar Oleksandr Vilkul.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera bandar Sumy di timur laut Ukraine manakala seorang lelaki cedera akibat serangan roket ke atas Zaporizhzhia di tenggara.
“Sepanjang 24 jam lalu, 93 serangan ke atas 29 bandar dan kampung di wilayah Zaporizhzhia telah direkodkan,” kata ketua pentadbiran tempatan Yuriy Malashko.- AFP
(Anggota penyelamat memeriksa kediaman di Sumy, timur laut Ukraine/AFP)